ads..

Monday 16 February 2015

hanya monolog dalaman pukul 12 tengah malam 16 feb 2015

Hidup ni ibarat rokok bagi diri aku la, kalau kau ni jenis yang berkualiti, rasa sedap, kau mahal..kau ada harga, dan ramai orang minat nak memiliki kau. Jika kau ni jenis rokok murah, harga pun murah, rasa tak sedap, memang ramai orang tak akan suka kau, kecuali budak budak sekolah.,ahaha

Sama la juga hidup seharian kita ni, guna contoh yang senang sahaja, kalau kau ada ilmu, kau ada kualiti, hensem or huduh lain kira, orang akan ramai suka kau, nak kan kau, n memiliki kau. Dan jika hidup kau kurang ilmu, takda bakat, pemalas and mengharapkan orang lain bagi, musnah la hidup kau. Sapa yang sanggup tanggung makan minum berak kau kecuali mak bapak kau sendiri? . And kau kena ingat, mak bapak kita tak hidup selamanya. Aku kalu boleh aku nak mati dulu sebelum mak ayah aku meninggal, sebab aku taknak rasa sedih, syyhh!!, diam2 tau, kau tahu sorang saja niat aku ni, he he he...

Juga kau kena ingat, bila diri kau dah macam rokok yang berjenama, yang semua orang nak kat kau, kau kena beringat juga.. Jangan bagi orang gunakan kau bila kau masih larat, n bila kau dah tak mampu, or ko takda ape ape dah, diorang akan buang kau. So kau kena hati hati dalam hidup ni, ibarat bila seseorang tu hisap rokok, bila dah habis, dia akan jentik puntung rokok tu dalam longkang or pijak guna kaki dia sendiri..hmm

Kata kata aku yang kat atas ni kalau kau rasa ianya betul, kau boleh la pakai dalam hidup seharian kau. Tapi kalau kau rasa ia tu hanya kata kata yang macam sampah, kau boleh buang ia jauh jauh dari dalam hidup seharian kau. Macam aku tulis tajuk entry ni, ini hanya monolog dalaman diri aku sahaja.. Apa yang aku terlintas dalam kotak fikiran n kotak hati aku, tu yang aku tulis.. 

Okay semua, esok pagi balik kuantan semula, jaga diri wahai warga jengka, Chow Sin Chi, assalamualaikum...

-The Venopean Solitude, awek tudung suara sedap, hmm..-

No comments:

Post a Comment