ads..

Monday 22 December 2014

bila masuk alam pekerjaan

Asalamualaikum dan selamat sejahtera,.okay, dah lama aku dok update blog aku yang serba biasa ni, pada subuh yang serba hujan ni aku nak update la sikit pasal kerja.

Aku baru saja diterima kerja di sebuah syarikat bernama RedOne telecomunication. Syarikat aku ni terletak di kawasan Indera Sempurna di daerah Kuantan. Tempat kerja aku okay, takda masalah, mate2 tempat kerja aku pun peramah orangnya, rumah untuk tempat tinggal pun dia sediakan. Berpuas hati gak aku dapat menjadi tenaga kerja untuk syarikat ni.

Kisah aku boleh kerja dekat situ pun coincidence je sebenarnya. Kes dia bermula disebabkan aku kecewa dengan tempat kerja aku sebelum ni, mula2 apply TF Temerloh, ada kosong tapi rumah untuk pekerja pulak takda, mampus aku nak berulang hari2, tak moto aku yang kondem, pinggang aku yang patah, ahaha.

Then aku try mintak dekat gambang water park. Agent cakap ada kosong, aku dah bersemangat siap bawak baju semua nak ke sana, last2 sampai sana agent buat sial, cakap dah penuh, part-time punya kerja pun full, allah je la yang tahu perasaan aku masa tu, dengan kecewa yang gila babeng, aku try la pusing2 kuantan cari kerja.

Sesampainya kat kuantan, cari tempat makan dulu, sementara nak tunggu makanan sampai, aku search la kerja kosong area kuantan kat google, terbacalah advertisement syarikat yang aku kerja sekarang ni, nak pakai pekerja. Alang-alang dah ada kat kuantan,aku terus la ke tempat yang nak dituju, rezeki dari allah,.mudah je, terus interview, tunjuk segala sijil yang aku ada, n aku diterima kerja kat tempat kerja aku,.ahaha

Kerja aku nak cakap mudah tak juga, nak cakap susah pun tidak. Time waktu pejabat aku dengan member2 satu kerja bukak booth kat area megamall,giant, n kadang2 kat kuantan prade. kerja aku cari pelanggan2 yang nak bertukar pelan, cth dri celcom,maxis,digi,or anything else kepada redone. Ramai pelanggan,lagi banyak la komisen yang aku dapat. Malam pulak kat rumah sewa kerja aku masukkan data2 collection harian syarikat ke dalam excel, untuk apa pun aku tatau, baru kerja kan,buat jelah,.ahaha.

Aku kerja bukan sebab nak berdikari, sebab aku dah malu nak mintak duit belanja hari2 kat mak n abah aku. Bagi korang yang kecik2 mungkin dok paham lagi, aku ni dah umur nak dekat masuk 20 rasa malu nak mintak duit kat mak ayah, sebab aku pikir yang adik2 aku lagi nak guna duit untuk belajar. Aku ni setakat nak beli rokok n topup je. Topup pun dah jarang, nak mesej siapa je lagi kan?. Aku pun sibuk nan kerja nya, tak dan nak pikir pasal sayang2 ni,ahaha.

Haha,okay tu la sedikit sebanyak penerangan pasal tempat kerja aku sekarang ni. Lain hari kalau aku ada free, aku updated la lagi blog aku ni,.buat si pembaca, terima kasih membaca. Sekian.

Ibni Sudin,.takecare of yourself

-nothing else matters-

No comments:

Post a Comment