ads..

Sunday 20 September 2015

UMK life gaiss

Assalamualaikum, salam sejahtera, ni hao ma, vannakam..okay lama siot gua tak update blog gua ni. Nak buat guana lagi, hidup semakin sibuk. Tak tahu nak cerita pasal apa tapi malam ni idea nya nak kata pasal hidup aku bila dah masuk ke alam universiti lah. Haa baru tahun satu di Universiti Malaysia Kelantan. Walaupun universiti ni baru lagi, baru tujuh tahun, tapi aku rasa tempat ni boleh jadi satu tempat untuk aku berjaya hidup dunia dan akhirat. 


NI MASA SATU FAMILY BERGAMBAR SEBELUM PENDAFTARAN

Sini semua baik baik belaka budak budaknya. Roomate gua pun baik baik saja. Ada yang asal dari gerik perak, bayan lepas penang, dan pasir puteh kelantan. Ikhwan, Hasanuddin, dan Sofian adalah nama roomate gua. Kat sini gua dapat kos sar muda keusahawanan dan perdagangan. Harap harap boleh lah jadi pegawai kat MiTi nanti..heheheh.


KATIL ADA BEG TU KATIL GUA...


MUKA LU BUAT GUA TAKUT IKHWAN..HAHA


ABE DIN DARI PASIR PUTEH KELATE YOW


Budak budak aras gua pun semua sporting sporting belaka. Dari setiap pelusuk negeri ada kat sini. Kalau gua cerita satu satu memang sakit lah tangan gua nak menaip nya. Syukur lah kat sini takde yang kerek kerek, semua braderhood maa..


LEPAK MALAM MENGERATKAN SILATURRAHIM :)

Selama tiga minggu gua duduk kat sini tiada apa apa masalah lagi lah yang gua hadapi, mintak mintak lepas ni hidup gua kat sini lancar dan diberkati. Dan selama tiga minggu gua duduk kat sini, ada beberapa aktiviti unuverisiti yang gua dah masuk. Yelah, sampai bila nak hidup secara pasif? Ni bukan zaman sekolah menengah nak lari dari cikgu penolong kanan hal ehwal kokurikulum setiap hari rabu..hua hua hua.


1M4U DI KAMPUNG PERMATANG SUNGKAI, PASIR PUTEH, KELANTAN


HARI ANGKAT SUMPAH JADI PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN



SELFIE BERSAMA GEE..AWAA, SAYA TAK KUAD..HAHAAHA


KELAS PERTAMA DI UNIVERSITI


BERIADAH DAN BERGAMBAR

Okay, kalau nak letak semua gambar, mau berpuluh gua postkan dalam blog gua nih, maklumlah, gua kan minat photographer bagai nih. Akhir kata bermulalah hidupku sebagai seorang mahasiswa di bumi " Tanah Serendah Sekebun Bunga " nih.. Mana mana sahabatku yang lain yang dapat sambung belajar, aku ucapkan tahniah dan goodluck. Dan mana mana yang tak dapat menyambung pelajaran, jangan sedeh, feb intake masih ada maa..okay, last words, belajar elok elok budak tekfes..hahaha, assalam


SEMOGA KAU BERJAYA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT, AMINN..












No comments:

Post a Comment