ads..

Wednesday 28 October 2015

musim tengkujuh menghampiri

Assalamualaikum, dan selamat sejahtera. Okay, kepala buntu, perut rasa tak sedap, badan lenguh lenguh dan minda terasa celaru. Tulah yang aku hadapi sekarang. Tak tahu sebabnya mengapa dan tak tahu bagaimana mahu menghilangkannya. Mungkin sebab tarikh "deadline" or "dateline" assignment yang makin dekat mengakibatkan perasaan ini menyinggah dalam diri. 

Entahlah, aku pun tak tahu. Kenapa aku selalu terfikir pasal seseorang, sedangkan dia tak ada apa apa hubungan atau ikatan dengan diri aku. Tapi, aku nak cakap yang bila dia hadir walaupun setengah minit, semua masalah yang aku hadapi kat atas tu hilang. Mungkin korang takkan percaya dan anggap aku ni kaki drama melayu. Sorry bro n sis, gua bukan kaki sangap drama sialan melayu zaman kini.

Biasalah, hati dan perasaan ni kadang kadang tak boleh dikawal juga walaupun koyakan diri ni kata "move on" bagai la tu la ini lah. Aku tak tahu apa yang istimewa pasal dia ni tapi tu lah macam aku cakap tadi, dia penghilang masalah. 

Alangkah bagusnya jika dia berada bersama ku sepanjang hari selama empat tahun berada dekat dalam universiti ni. Tapi lagi bagus kalau dia berada bersama ku sepanjang hayat aku sebagai manusia ciptaan tuhan.

Tapi kita tak tahu dan takkan pernah tahu masa depan kita. probability tu banyak. Mungkin aku hanya akan melihat dia dari jauh, dan mungkin juga aku boleh mengotakan kata kata monolog ku dalam bas semasa pulang dari hometown habis cuti hari raya aidiladha haritu.

Aku tak ada apa apa pun, taraf macam "garbage man" macam lagu dalam cerita "scott pilgrim vs the world". Tapi aku nak try jugak memenangi hati bunga ramona a.k.a "ramona flowers" dalam filem omputeh tu. Walaupun terpaksa melawan tujuh ex berpowerkan kuasa evil..hahahaha, berangan kuat seyh aku.

Kadang kadang aku terfikir, pernah ke dia fikir pasal aku,. ke aku je yang terfikir pasal dia? Orang tua tua cakap "jangan buat perkara yang sia sia". Tapi aku tak pernah fikir usaha aku terhadap dia ni sia sia. oleh itu, aku terus mensakseskan diri ini. Manalah tahu, em em, dapat jaga dia ke..haha, fakoff ayat kau denin, mau muntah dia baca blog kau ni.

Macam macam aku dah rancang. Pernah juga terfikir nak buat satu buku tentang dia. Tapi aku lemah mengarang, idea cetek, semua cetek. Kalau aku siapkan buku pasal dia pun, kalau nak try jual, takut tak laku cerita hampeh cam aku nih. Alangkah indahya kalau ada buku pasal kau, dan aku lah pengarangnya. hahahaha..

Erm, kalau kau baca ni, mesti kau akan rimas dengan aku kan?.. Sebab aku ni tak pergi lagi dari diri kau. Rilek lah, kalau kau nak buang aku, buang je. Dont worry, aku waras lagi. Tak gila macam geng geng penyimbah asid kat muka ex girl ..tu bodoh namanya.

Okaylah, aku dah mengantuk. lain kali kucerita kan lagi pasal dia. Awak, takecare. Dah beribu kali gua cakap kat dia macam tu. Mesti dia dah bosan..haha

Last words.. jangan hisap dadah..chow sin chi.,babai


SAYANGI STRAY CATS..MIAW


No comments:

Post a Comment