ads..

Saturday 4 June 2016

Sudah Lama Aku Tidak Menulis...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang sudi membaca blog buruk aku ni. Boleh dikatakan bahawasanya aku dah lama tidak mengupdate tulisan tulisan kreatif bagi diriku ini. Bermacam pengalaman telah aku alami semenjak masuknya ke alam semester kedua di UMK. Izinkan diriku berceloteh sejenak...

Hari semester kedua yang pertama bermula pada 14 Feb 2016, dua hari selepas tarikh lahirku. Pada tarikh 12 Feb, aku masih berada dirumah, dan haritu ialah hari terakhir cuti semester untuk semester pertama. Diriku bercadang untuk melawat arwah sahabatku iaitu Faez Raman, tetapi aku tidak pergi ke rumahnya atas sebab abahku ingin menyambut ulangtahun lahirku ke dunia ini dengan sedikit makan makan dirumah bersama ahli keluargaku yang lain. Aku berkata pada diriku, "tak mengapalah, faez ok lah kot,..". Lagipun haritu aku dah melawat dia dirumahnya selepas dia dibenarkan pulang ke rumah oleh doktor yang menjaganya di Hospital Kuantan. Pada malam hari itu juga aku berangkat pulang ke UMK dari jengka.

Sampainya diriku ke UMK pada pagi subuh 13 Feb, masa itu roomate ku Bobby a.k.a Ikhwan Rahim dan Sofian Penang sudah ada di dalam bilik, mereka datang awal sehari sebelum aku. Selepas meletakkan semua barang di tepi katil, aku menghempaskan badanku ke atas katil setelah penat berjalan sejauh 400KM dari jengka ke pengkalan chepa, kelantan. Aku sedar bila bahang tengah hari mula menghapuskan kelembapan yang ada di dalam bilikku, terus mandi dan membersihkan diri, lalu aku mengajak bobby menemani diriku untuk mendaftar bilik di block 4 hostel UMK. 

Selesai semua urusan di pejabat hostel, terus aku naik ke bilik untuk mengemas semua barang milikku yang tidak sempat aku settlekan pada pagi tadi, aku menyangkut semua baju dan seluarku didalam locker dengan tekun. Dan pada masa itu juga, handphone milikku tidak berhenti berbunyi notifikasi whatsapp, aku tidak mengendahkan, sebab aku fikir itu semua omong omong kosong dan gurauan group whatsapp aku. Sudah siap aku mengemas semua barang, aku buka handphone ku, antara realiti dan fantasi pabila aku terbaca whatsapp di dalam group tingkatan enam bahawa sahabatku faez telah kembali menemui sang pencipta...

Terdiam sejenak, bagai mahu dan tak mahu aku hendak percaya ayat yang telah aku baca tadi, aku call hadibah, GF arwah, dia kata semua itu benar, dengan esak tangis yang dia cuba tahan dia berkata "ya betul, faez dah takde nin..". Allahu, diam terus aku, tak boleh berkata apa apa lagi, sahabat karibku, susah senang bersama di dalam kelas, kerja pun bersama, telah pergi buat selamanya. Tak tertahan air mata, aku tutup muka aku dengan kain pelikat milikku, menangis.. Siapa yang tak sedih jika kehilangan seorang insan yang disayangi dalam hidup kan?

Faez, harini dah masuk 112 hari kau pergi meninggalkan kami, tak mengapalah, semoga kau aman disana sahabat..


MUHAMAD FAEZ BIN A.RAMAN (11 DEC 1995-13 FEB 2016)

Dua minggu juga aku teringat dan terkenang akan dirinya. Dua minggu itulah aku menangis jika melihat gambarnya, alahai faez, takpelah, tuhan lebih sayangkan kau. Cerak a.k.a Asyraf Majid pun dah cakap ke aku, "nin, biar dia pergi, redha, kalau dia ada, siksa dia menahan sakit..". Iya cerak, betul, kesian pada faez, menahan sakit.. takpelah..

Dan pada 14 Feb itu juga, Pengetua sekolah ku, Arwah Hj Rozi juga pergi menghadap ilahi, insan yang banyak mengorbankan masa dan tenaga untuk sekolahku telah pergi buat selamanya. Anak bongsunya, Adam Zikry sekali turut meninggal. Sebab musabab adalah disebabkan Arwah cikgu telah terlibat dengan kemalangan jalanraya. Semoga cikgu aman disana, terima kasih atas segalanya cikgu..


HAJI MOHD ROZI BIN HAJI MOHD SANI (1968-2016)

Okay, hidup perlu diteruskan, yang pergi biarkan ia pergi, yang hidup teruskanlah hidupmu, semester kedua di UMK agak mencabar dan menguji kesabaran. Pelbagai karenah manusia aku lihat, banyak belang belang yang tak terlihat pada semester pertama sudah mula muncul. Tapi jangan risau wahai pembaca, aku bukan jenis suka cari gaduh dan aku juga tak suka melayan orang yang mahu bergaduh dengan diriku ini, watlek wat peace sudahlah brader..

Pada semester ini juga aku mula rapat dengan sahabat sahabat ku yang berada pada tahun dua di UMK. Antaranya Dollah abang superbike hijau, Haiziq tauke aku, Abe Sudin, Ijad, Faiz, Jerung a.k.a Hafiz, Raziq NzN, dan lain lain. Tapi aku lebih rapat dengan mat kedah sahabatku, Muhammad Ikmal.. Baling mari.. Haha.

Pada semester kedua ini juga aku telah jadi class rep untuk subjek Basic Acc dan Principles Of Marketing. Madam Maizatul Akma dan Madam Nik syuhailah yang mendidik kami. Mereka okay, periang, friendly, dan lain lain lah. Senang cerita aku senang belajar subjek mereka di universiti tu..

Ahli ahli group setiap subjek juga okay, tiada yang membuat masalah, kecuali diriku. Aku takde lah buat masalah besar sangat, cuma sekali sekala aku terlajak untuk pergi ke kelas. Lumrah hidup mahasiswa, terlajak kelas itu perkara biasa..

Bosan jugak kan baca ayat aku ni panjang lebar, moh kita tengok sikit gambar gambar..bolehlah..


IKMAL AHMAD, BALING, KEDAH MARI..


ACAP, AZRUL HAFIQ, FITRY BOBOT, DENIN, AZMAN JEMEY (GROUP BI)


GENG GENG ARAS DUA SEMESTER PERTAMA

Ouh, lupa nak cakap, ramai ahli aras dua semester pertama haritu yang dah keluar, credits to Shaheed Mustahfa a.k.a Pok Eid, Ikmal Anas, & Hazim a.k.a Jimbo.. Dan tak lupa pada Ku Dhiyauddin & Nizam.. Masing masing ada pilihan masing masing, kita kena hormati. Jaga diri weh..


DENIN, AMOSH, ZOEY, FAHMI WAK, APIZ AZMI (GROUP MARKETING)


B1-A1-06 (DENIN, DIN, PAN, BOBBY)

Tak lupa juga ahli ahli group basic acc seperti fazlan, asmadi, miza, dan lain lain. Group ekonomi iaitu faris hilman, hafiq, razalina, sai, faa, dan sorang lagi aku lupa. Group gelagat usahawan yang semuanya budak sec intake..aku lupa nama diorang, tapi thanks bebanyak. Dan akhir sekali buat group Math Business. Thanks to Syahira Zainal yang banyak bersabar dengan aku, mirah karim, umi kedah, aisha kim ganu, dan acap freshie aerobic..

Thanks For The Sweet Memories..


DOAKAN AKU BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT KELAK, AMINN..







Tuesday 10 November 2015

Haritu punya cerita hidup

Berkenaan tajuk entry aku pada kali ni maseh juga menceritakan pasal perempuan tu la. Biasa lah, perempuan ni insan yang tak la berapa kuat sangat (tak bagus kata diorang insan yang lemah), perlu sokongan dan bimbingan..iye dok?. Lagipun hidup student degree ni takde lah rilek sangat macam student diploma level, mesti lah ada satu masa tu kondem gak kan..

And ada lah satu hari tu aku dilanda beberapa masalah, tak kira personal ataupun group2 aku di universiti. Tak tahu lah aku rasa kalut, serba serbi dok kena dan sebagainya. Biasalah TUHAN akan memberi sedikit dugaan lagi pada makhluk ciptaan nya yang sedang dilanda dugaan, bukan sebab apa, DIA mahu lihat sejauh mana level of our iman.. Yang pasti dan aku tahu, tuhan itu tidak zalim..haha, sorry guys aku bertazkirah sedikit..koya baik pulak. Sambung pulak cerita tadi, aku tengah serabut bagai, dia datang wasap aku. Dia takde masalah apa pun, niat dia baik, cuma mintak tolong ajar dia subjek Entrepreneur je. Aku pulak bodo balas, dah tahu mood tak baik, jangan lah balas wasap dia, balas pun gred A punya, gred tak layan..memang jelas sangat,. Hmm, apa lagi dia tu, macam rimau betina, terus merajuk. Padan muka kau denin. Try la pujuk balik, kabo ke dia blaja molek la tu la, dia balas mudah je "aku? tak rajin, pemalas.."  ...sentap bai dengan ayat dia.

Lama jugak lah menyepi antara aku dan dia, aku pun takut nak tegur dia, biasalah, kaum perempuan ni ego tau, diorang kata diorang ok tapi sebenarnya TIDAK. aku dah paham sangat stail hidup diorang. Sampai lah satu hari dah tak ingat tarikh dia berapa dan pukul berapa, aku berani kan diri tanya dia jugak, tanya pasal balik, dan tak pasti bila dia reply, tup tup tengok dia balas wasap. Tapi masa dia balas tu, ada lah dia nampakkan sikit masalah yang dia hadapi. Hmm, silap besar bai gua buat kat dia, sepatutnya gua bagi dia tunjuk ajar ke apa ke yang boleh membantu dia, tapi lain pulak yang gua lakukan terhadap dia..i'm very very sorry..my fault. Sampai dia dah rasa hilang semangat nak belajar. Tu yang paling aku takut.

Bukan sebab apa aku nak takut, fikirlah kalau korang belajar berpenat berlelah berhabis duit bagai dari stpm, sampai dah masuk U, tetiba dengan tekanan yang korang hadapi kat U nanti, korang boleh fikir korang nak keluar. Rugi baii.. Dan aku taknak dia sekali kali berbuat begitu. Iyelah, sedih la kan. Ma n Abah dia mesti berharap kat dia, kalau lah dia keluar, macam mana lah reaksi Ma n Abah dia..ermm

Puas jugak la nak pujuk dia bangkitkan semangat yang berbaki baki lagi tu. Sekarang ni dah okay dah, senang hati aku. Hmm, entahlah. Weh "gila"..jangan putus semangat tau. Kau dan aku nak belajar lama lagi kat UMK tu. Kita sama sama susah dan sama sama senang ah. In shaa allah, kalau aku masih ada, kalau kau nak bantuan, aku boleh tolong lah "gila". Jangan fikir aku ni sombong ke apa ke dan jangan malu nak cerita pasal masalah kau. Okay?

Okay "gila". Aku harap kau dapat kekalkan semangat kau tu tau. Happy je walaupun masalah seribu treler datang kat kau. Jangan risau, aku ada untuk kau..

Okeylah, sampai sini jelah cerita pasal dia, lain kali kalau ada kelapangan, aku cerita kan lagi pasal dia ea :)

'tuhan, jaga dia, untuk mak dan abah dia dan keluarga dia'

guminavou zou diou "gila"...
Assalam..

Wednesday 28 October 2015

musim tengkujuh menghampiri

Assalamualaikum, dan selamat sejahtera. Okay, kepala buntu, perut rasa tak sedap, badan lenguh lenguh dan minda terasa celaru. Tulah yang aku hadapi sekarang. Tak tahu sebabnya mengapa dan tak tahu bagaimana mahu menghilangkannya. Mungkin sebab tarikh "deadline" or "dateline" assignment yang makin dekat mengakibatkan perasaan ini menyinggah dalam diri. 

Entahlah, aku pun tak tahu. Kenapa aku selalu terfikir pasal seseorang, sedangkan dia tak ada apa apa hubungan atau ikatan dengan diri aku. Tapi, aku nak cakap yang bila dia hadir walaupun setengah minit, semua masalah yang aku hadapi kat atas tu hilang. Mungkin korang takkan percaya dan anggap aku ni kaki drama melayu. Sorry bro n sis, gua bukan kaki sangap drama sialan melayu zaman kini.

Biasalah, hati dan perasaan ni kadang kadang tak boleh dikawal juga walaupun koyakan diri ni kata "move on" bagai la tu la ini lah. Aku tak tahu apa yang istimewa pasal dia ni tapi tu lah macam aku cakap tadi, dia penghilang masalah. 

Alangkah bagusnya jika dia berada bersama ku sepanjang hari selama empat tahun berada dekat dalam universiti ni. Tapi lagi bagus kalau dia berada bersama ku sepanjang hayat aku sebagai manusia ciptaan tuhan.

Tapi kita tak tahu dan takkan pernah tahu masa depan kita. probability tu banyak. Mungkin aku hanya akan melihat dia dari jauh, dan mungkin juga aku boleh mengotakan kata kata monolog ku dalam bas semasa pulang dari hometown habis cuti hari raya aidiladha haritu.

Aku tak ada apa apa pun, taraf macam "garbage man" macam lagu dalam cerita "scott pilgrim vs the world". Tapi aku nak try jugak memenangi hati bunga ramona a.k.a "ramona flowers" dalam filem omputeh tu. Walaupun terpaksa melawan tujuh ex berpowerkan kuasa evil..hahahaha, berangan kuat seyh aku.

Kadang kadang aku terfikir, pernah ke dia fikir pasal aku,. ke aku je yang terfikir pasal dia? Orang tua tua cakap "jangan buat perkara yang sia sia". Tapi aku tak pernah fikir usaha aku terhadap dia ni sia sia. oleh itu, aku terus mensakseskan diri ini. Manalah tahu, em em, dapat jaga dia ke..haha, fakoff ayat kau denin, mau muntah dia baca blog kau ni.

Macam macam aku dah rancang. Pernah juga terfikir nak buat satu buku tentang dia. Tapi aku lemah mengarang, idea cetek, semua cetek. Kalau aku siapkan buku pasal dia pun, kalau nak try jual, takut tak laku cerita hampeh cam aku nih. Alangkah indahya kalau ada buku pasal kau, dan aku lah pengarangnya. hahahaha..

Erm, kalau kau baca ni, mesti kau akan rimas dengan aku kan?.. Sebab aku ni tak pergi lagi dari diri kau. Rilek lah, kalau kau nak buang aku, buang je. Dont worry, aku waras lagi. Tak gila macam geng geng penyimbah asid kat muka ex girl ..tu bodoh namanya.

Okaylah, aku dah mengantuk. lain kali kucerita kan lagi pasal dia. Awak, takecare. Dah beribu kali gua cakap kat dia macam tu. Mesti dia dah bosan..haha

Last words.. jangan hisap dadah..chow sin chi.,babai


SAYANGI STRAY CATS..MIAW


Sunday 20 September 2015

UMK life gaiss

Assalamualaikum, salam sejahtera, ni hao ma, vannakam..okay lama siot gua tak update blog gua ni. Nak buat guana lagi, hidup semakin sibuk. Tak tahu nak cerita pasal apa tapi malam ni idea nya nak kata pasal hidup aku bila dah masuk ke alam universiti lah. Haa baru tahun satu di Universiti Malaysia Kelantan. Walaupun universiti ni baru lagi, baru tujuh tahun, tapi aku rasa tempat ni boleh jadi satu tempat untuk aku berjaya hidup dunia dan akhirat. 


NI MASA SATU FAMILY BERGAMBAR SEBELUM PENDAFTARAN

Sini semua baik baik belaka budak budaknya. Roomate gua pun baik baik saja. Ada yang asal dari gerik perak, bayan lepas penang, dan pasir puteh kelantan. Ikhwan, Hasanuddin, dan Sofian adalah nama roomate gua. Kat sini gua dapat kos sar muda keusahawanan dan perdagangan. Harap harap boleh lah jadi pegawai kat MiTi nanti..heheheh.


KATIL ADA BEG TU KATIL GUA...


MUKA LU BUAT GUA TAKUT IKHWAN..HAHA


ABE DIN DARI PASIR PUTEH KELATE YOW


Budak budak aras gua pun semua sporting sporting belaka. Dari setiap pelusuk negeri ada kat sini. Kalau gua cerita satu satu memang sakit lah tangan gua nak menaip nya. Syukur lah kat sini takde yang kerek kerek, semua braderhood maa..


LEPAK MALAM MENGERATKAN SILATURRAHIM :)

Selama tiga minggu gua duduk kat sini tiada apa apa masalah lagi lah yang gua hadapi, mintak mintak lepas ni hidup gua kat sini lancar dan diberkati. Dan selama tiga minggu gua duduk kat sini, ada beberapa aktiviti unuverisiti yang gua dah masuk. Yelah, sampai bila nak hidup secara pasif? Ni bukan zaman sekolah menengah nak lari dari cikgu penolong kanan hal ehwal kokurikulum setiap hari rabu..hua hua hua.


1M4U DI KAMPUNG PERMATANG SUNGKAI, PASIR PUTEH, KELANTAN


HARI ANGKAT SUMPAH JADI PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN



SELFIE BERSAMA GEE..AWAA, SAYA TAK KUAD..HAHAAHA


KELAS PERTAMA DI UNIVERSITI


BERIADAH DAN BERGAMBAR

Okay, kalau nak letak semua gambar, mau berpuluh gua postkan dalam blog gua nih, maklumlah, gua kan minat photographer bagai nih. Akhir kata bermulalah hidupku sebagai seorang mahasiswa di bumi " Tanah Serendah Sekebun Bunga " nih.. Mana mana sahabatku yang lain yang dapat sambung belajar, aku ucapkan tahniah dan goodluck. Dan mana mana yang tak dapat menyambung pelajaran, jangan sedeh, feb intake masih ada maa..okay, last words, belajar elok elok budak tekfes..hahaha, assalam


SEMOGA KAU BERJAYA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT, AMINN..












Tuesday 14 April 2015

melankolik pasal cinta sahaja sambil ditemani sebatang john dibibir

the most important thing in life is to love someone,
the second most important thing in life is to have someone love you,
the third most important thing is to have the first and second thing happen at the same time...

CINTA itu sebenarnya suatu jenis penyakit, bukan suatu ubat. manusia tidak akan hidup dan bernafas kerana cinta semata-mata. kadang kadang cinta boleh menyebabkan manusia berbunuh bunuhan, bercakar cakaran, tidak kurang pula cinta boleh menyebabkan seseorang jadi gila dan sebagainya.

kadang kadang cinta itu suatu pendorong, suatu alat yang dipergunakan oleh manusia untuk membantu kehidupan. sebab cinta, bagi mereka dan kamu yang sedang membaca sekarang ni, bila korang bercinta, seluruh dunia kehidupan korang akan merasa lengkap, indah dan sebagainya. mudah nak cakap, tengah angau...

Takda cinta yang suci murni kat muka bumi allah ni. cinta antara manusia sesama manusia adalah cinta sandaran belaka. lagi2 cinta monyet... cinta manusia kepada tuhan-Nya adalah sebesar-besar nilai cinta, selain daripada rasa cinta kepada seseorang...

Kecuali, kalau cinta seseorang itu benar benar ikhlas kepada seseorang, boleh pakai jugak la.. ni cinta kalau kat mulut je, tak boleh pakai der..

aishiteru, guminavou zou diou, i love you, wo aii ni, semua tu ayat untuk express feeling kita kepada seseorang. but, korang semua kena fikir dan fahami seseorang tu, betul ke dok dia sayang ke kau..hahaha

okay lah, sudah la merepek melankolik gua malam ni..chow sin chi
Assalamualaikum...

Saturday 14 March 2015

pengalaman mendewasakan kita

Assalamualaikum and selamat sejahtera kepada pembaca blog yang tak tahu la wujud ke tidak, okay setelah lama tak meraban disini, aku dah ada sedikit modal untuk buat entry baru untuk blog aku yang sunyi sepi seperti tanah perkuburan cina yang besar iaitu "niwana paradise" terletak di nilai, negeri sembilan.

Okay, aku baru sahaja seminggu memulakan karier baru dalam hidup selepas melepaskan jawatan sebagai sales agent redone telecomunication. Kerja baru aku not bad la, duduk opis sahaja, n jadi runner untuk syarikat aku. Aku sekarang jadi office boy kedai insuran je. Berhadapan pejabat pos di bandar jengka tempat aku mencari rezeki. Bak kata Faez Raman, pangkat kerja kita ni "Insurance Consultant"..kalau tak silap la,.ahahaa.

Mula-mula aku interview kerja, bos baru aku dah uji aku. siap cakap "janji ye tak nangis?" . Aku pun janji jelah dengan dia sebab aku pun tak paham apa fungsi dia cakap camtu dengan aku. Lepas dia membebel itu ini depan aku, dia pun bersetuju untuk terima aku kerja di syarikat milik dia sendiri. Okay la, janji ada kerja dok...

First day aku kerja pada hari isnin 9/3/2015, ujian pun bermula. Hari tu Faez, Chot, Yon, and Afiq bercuti. Aku dah menggelabah, dengan tak tahu apa yang aku kena buat, aku cuba kontrol perasaan gemuruh yang ada dalam diri aku ni. Aku cuma ingat apa yang patut n tak patut aku buat yang dah diberitahu oleh faez pada malam sebelumnya sebelum aku start kerja. Syukur, hari pertama aku kerja walaupun ada salah sikit, aku tak kena bebel dengan bos aku tu. ahaha..

Bos aku tu bukan garang cuma dia seorang manusia yang mengamalkan sikap "perfectionist" dalam kehidupan seharian dia. Kalau ada perkara yang dia tak suka, dia akan terus sound direct. Bagus juga sikap dia tu. Mental memang kena kuat kalau nak kerja dengan dia. Bak kata faez, "nin, kalau kau nak kerja kat sini, hati n mental kau kena sado nin.." . Betul sangat apa yang kau cakap tu sahabat..wakakaka

Sedar tak sedar dah seminggu aku kerja tempat baru aku tu. Dan aku harap aku leh cepat menyesuaikan diri dengan kerja baru aku tu. Bila jiwa and hati kita benar2 nak buat sesuatu benda tu, in shaa allah takde dugaan n halangan untuk menyelesaikannya.

Akhir kata, doakan kawe kerja elok2 kat tempat baru, buat adik2 yang masih bersekolah, buat kerja sekolah, buat kerja kursus yang cikgu bagi, ahahaa...

Chow Sin Chi, lain kali aku meraban lagi

NOTHING ELSE MATTERS...