ads..

Saturday 4 June 2016

Sudah Lama Aku Tidak Menulis...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang sudi membaca blog buruk aku ni. Boleh dikatakan bahawasanya aku dah lama tidak mengupdate tulisan tulisan kreatif bagi diriku ini. Bermacam pengalaman telah aku alami semenjak masuknya ke alam semester kedua di UMK. Izinkan diriku berceloteh sejenak...

Hari semester kedua yang pertama bermula pada 14 Feb 2016, dua hari selepas tarikh lahirku. Pada tarikh 12 Feb, aku masih berada dirumah, dan haritu ialah hari terakhir cuti semester untuk semester pertama. Diriku bercadang untuk melawat arwah sahabatku iaitu Faez Raman, tetapi aku tidak pergi ke rumahnya atas sebab abahku ingin menyambut ulangtahun lahirku ke dunia ini dengan sedikit makan makan dirumah bersama ahli keluargaku yang lain. Aku berkata pada diriku, "tak mengapalah, faez ok lah kot,..". Lagipun haritu aku dah melawat dia dirumahnya selepas dia dibenarkan pulang ke rumah oleh doktor yang menjaganya di Hospital Kuantan. Pada malam hari itu juga aku berangkat pulang ke UMK dari jengka.

Sampainya diriku ke UMK pada pagi subuh 13 Feb, masa itu roomate ku Bobby a.k.a Ikhwan Rahim dan Sofian Penang sudah ada di dalam bilik, mereka datang awal sehari sebelum aku. Selepas meletakkan semua barang di tepi katil, aku menghempaskan badanku ke atas katil setelah penat berjalan sejauh 400KM dari jengka ke pengkalan chepa, kelantan. Aku sedar bila bahang tengah hari mula menghapuskan kelembapan yang ada di dalam bilikku, terus mandi dan membersihkan diri, lalu aku mengajak bobby menemani diriku untuk mendaftar bilik di block 4 hostel UMK. 

Selesai semua urusan di pejabat hostel, terus aku naik ke bilik untuk mengemas semua barang milikku yang tidak sempat aku settlekan pada pagi tadi, aku menyangkut semua baju dan seluarku didalam locker dengan tekun. Dan pada masa itu juga, handphone milikku tidak berhenti berbunyi notifikasi whatsapp, aku tidak mengendahkan, sebab aku fikir itu semua omong omong kosong dan gurauan group whatsapp aku. Sudah siap aku mengemas semua barang, aku buka handphone ku, antara realiti dan fantasi pabila aku terbaca whatsapp di dalam group tingkatan enam bahawa sahabatku faez telah kembali menemui sang pencipta...

Terdiam sejenak, bagai mahu dan tak mahu aku hendak percaya ayat yang telah aku baca tadi, aku call hadibah, GF arwah, dia kata semua itu benar, dengan esak tangis yang dia cuba tahan dia berkata "ya betul, faez dah takde nin..". Allahu, diam terus aku, tak boleh berkata apa apa lagi, sahabat karibku, susah senang bersama di dalam kelas, kerja pun bersama, telah pergi buat selamanya. Tak tertahan air mata, aku tutup muka aku dengan kain pelikat milikku, menangis.. Siapa yang tak sedih jika kehilangan seorang insan yang disayangi dalam hidup kan?

Faez, harini dah masuk 112 hari kau pergi meninggalkan kami, tak mengapalah, semoga kau aman disana sahabat..


MUHAMAD FAEZ BIN A.RAMAN (11 DEC 1995-13 FEB 2016)

Dua minggu juga aku teringat dan terkenang akan dirinya. Dua minggu itulah aku menangis jika melihat gambarnya, alahai faez, takpelah, tuhan lebih sayangkan kau. Cerak a.k.a Asyraf Majid pun dah cakap ke aku, "nin, biar dia pergi, redha, kalau dia ada, siksa dia menahan sakit..". Iya cerak, betul, kesian pada faez, menahan sakit.. takpelah..

Dan pada 14 Feb itu juga, Pengetua sekolah ku, Arwah Hj Rozi juga pergi menghadap ilahi, insan yang banyak mengorbankan masa dan tenaga untuk sekolahku telah pergi buat selamanya. Anak bongsunya, Adam Zikry sekali turut meninggal. Sebab musabab adalah disebabkan Arwah cikgu telah terlibat dengan kemalangan jalanraya. Semoga cikgu aman disana, terima kasih atas segalanya cikgu..


HAJI MOHD ROZI BIN HAJI MOHD SANI (1968-2016)

Okay, hidup perlu diteruskan, yang pergi biarkan ia pergi, yang hidup teruskanlah hidupmu, semester kedua di UMK agak mencabar dan menguji kesabaran. Pelbagai karenah manusia aku lihat, banyak belang belang yang tak terlihat pada semester pertama sudah mula muncul. Tapi jangan risau wahai pembaca, aku bukan jenis suka cari gaduh dan aku juga tak suka melayan orang yang mahu bergaduh dengan diriku ini, watlek wat peace sudahlah brader..

Pada semester ini juga aku mula rapat dengan sahabat sahabat ku yang berada pada tahun dua di UMK. Antaranya Dollah abang superbike hijau, Haiziq tauke aku, Abe Sudin, Ijad, Faiz, Jerung a.k.a Hafiz, Raziq NzN, dan lain lain. Tapi aku lebih rapat dengan mat kedah sahabatku, Muhammad Ikmal.. Baling mari.. Haha.

Pada semester kedua ini juga aku telah jadi class rep untuk subjek Basic Acc dan Principles Of Marketing. Madam Maizatul Akma dan Madam Nik syuhailah yang mendidik kami. Mereka okay, periang, friendly, dan lain lain lah. Senang cerita aku senang belajar subjek mereka di universiti tu..

Ahli ahli group setiap subjek juga okay, tiada yang membuat masalah, kecuali diriku. Aku takde lah buat masalah besar sangat, cuma sekali sekala aku terlajak untuk pergi ke kelas. Lumrah hidup mahasiswa, terlajak kelas itu perkara biasa..

Bosan jugak kan baca ayat aku ni panjang lebar, moh kita tengok sikit gambar gambar..bolehlah..


IKMAL AHMAD, BALING, KEDAH MARI..


ACAP, AZRUL HAFIQ, FITRY BOBOT, DENIN, AZMAN JEMEY (GROUP BI)


GENG GENG ARAS DUA SEMESTER PERTAMA

Ouh, lupa nak cakap, ramai ahli aras dua semester pertama haritu yang dah keluar, credits to Shaheed Mustahfa a.k.a Pok Eid, Ikmal Anas, & Hazim a.k.a Jimbo.. Dan tak lupa pada Ku Dhiyauddin & Nizam.. Masing masing ada pilihan masing masing, kita kena hormati. Jaga diri weh..


DENIN, AMOSH, ZOEY, FAHMI WAK, APIZ AZMI (GROUP MARKETING)


B1-A1-06 (DENIN, DIN, PAN, BOBBY)

Tak lupa juga ahli ahli group basic acc seperti fazlan, asmadi, miza, dan lain lain. Group ekonomi iaitu faris hilman, hafiq, razalina, sai, faa, dan sorang lagi aku lupa. Group gelagat usahawan yang semuanya budak sec intake..aku lupa nama diorang, tapi thanks bebanyak. Dan akhir sekali buat group Math Business. Thanks to Syahira Zainal yang banyak bersabar dengan aku, mirah karim, umi kedah, aisha kim ganu, dan acap freshie aerobic..

Thanks For The Sweet Memories..


DOAKAN AKU BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT KELAK, AMINN..







No comments:

Post a Comment