ads..

Monday 29 December 2014

Hari ini masih hujan

Asalamualaikum, hari ini masih hujan di bumi allah, benua asia, lebih tepat di benua asia tenggara, negara malaysia, negeri pahang darul makmur, daerah maran, lebih detail lagi di wilayah Jengka, felda Ulu Jempol.

Dalam pukul satu tadi aku pergi ke 'Tongkiat' atau nama rasmi nya Pekan Sungai Jerik yang terletak dalam wilayah jengka. Asal usul sejarah tempat ni banyak jenis cerita yang aku dengar, tapi yang paling aku ingat tempat ni dihadiahkan kepada seorang pemuda cina yang menyelamatkan sultan pahang daripada serangan komunis kat area sini dahulu kala. Tak tahu la kesahihan nya.

Sedang aku nak pergi ke tongkiat untuk tukar tayar motosikal aku, sepanjang jalan dari ulu jempol ke tongkiat, di kiri kanan jalan sudah dinaiki air, cuma air tu tak melimpah lagi je ke atas jalan raya. Hoho, gila babeng la hujan tahun ni, seingat aku masa banjir tahun 2007 dahulu taklah seteruk macam ini, takpa, ujian dari allah, kita kena menghadapinya dengan sabar.

Pesanan aku untuk orang2 yang dilanda banjir, ikutlah arahan macam kat RTM1 uh, jangan main air banjir, berapa ramai dah orang yang dah mati disebabkan banjir kali ni, hmm,...

Chow Sin Chi, salam

Sunday 28 December 2014

hari ini punya cerita

Hari ini punya cerita :

Main gitar tapi tak boleh lama-lama kes rasa sakit n pedih kat fingertips ketiga2 jari penting yang digunakan untuk tekan tali gitar aku. Ni pun kes aku kupas kematu yang dah mengeras kat fingertips aku, bodo, mula la rasa menyesal,.ahaha

Hidung tersumbat gila baby. Naik rimas dah aku rasa, macam bodoh, sroot2 bunyi nya. Ni kes surrounding punya temperature yang sejuk n menurun membuatkan lendiran dalam rongga hidung aku ni mengeras n menyumbatkan hidung. Terpaksa la bernafas melalui mulut, "heh..heh" bunyi nya bila bernafas guna mulut, nak buat macam mana lagi, hadap jelah.

Bos call. Kabo masuk kerja 6 haribulan 2015, ahaha. Ni pun kes banjir. Takpelah, ni semua ujian, bersabarlah. Dia kol kabo "ashraf, nanti masuk kerja semua pada 6hb januari 2015 ye", then aku balas "Ok boss.." . Ahaha,so boleh cuti lama siket, n teman family aku gi beli baju sekolah adik2, memandangkan tahun depan aku dah tak bersekolah lagi.

Main CoC. Main sampai lebam, tak pernah puas2. Yang aku bengang nya, dah attack banyak pemain multi-player lain, ade yg menang ade yg kalah. Bila menang, rekod Trophy aku meningkat la, sikit lagi nak sampai jumlah 1250 Trophy, aku stop main, kes mengantuk sangat selepas seharian berjaga main CoC, bangun je tido,. Total Trophy aku dah menurun gila babeng, gi ke 900 lebih je,. Palat anjing punya attacker, hmm. Musnah harapan nak dapat 450 gems, bugima!

Bukak Twitter, ade janda. balas2 tweet la, tetiba teringat segala menda yang aku dah wat dia nangis, sakit hati,or ape2 jelah,. Mintak maaf dengan dia, dia pun ckp "aku dah lama maafkan kau denin, jangan lah risau".. Terima kasih Nur Alissa Binti hasli. Takecare,.

Thats all for today, Harap esok aku hidup lagi. Maafkan aku kawan2..
Chow Sin Chi, Guminavou zou diou, Salam


-Nothing Else Matters-

BANJIR..adakah ia satu musibah?

asalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca yang tak berapa ramai sangat,.heheh.,okay kali ni aku nak cakap pasal banjir yang melanda negara kita yang tercinta ni. Ramai orang yang mendapat kesan dari banjir yang melanda sekarang, aku pun turut sama terkena, redah air banjir masa haritu dengan ex5 biru aku, boleh tahan tinggi airnya,.paras lutut aku,,ketaq lutut cheq,wakaka...

Okay, sebagaimana yang anda semua tahu, banjir adalah disebabkan discaj air sungai yang melebihi dari paras yang normal, it means air sungai tu melebihi isipadu yang dapat ditampung oleh sungai itu sendiri. Kalau kita tengok sebagai contoh Sungai Pahang, sungai ni antara sungai yang paling besar yang berada di kawasan smenanjung malaysia (peninsular of Malaysia). Bayangkan sungai yang sebesar-besar ini pun tak dapat nak tampung air hujan yang direct membasahi bumi,.Masya allah...

Ini pun bukan sebab lain, sebab tu datang dari MANUSIA itu sendiri, pelbagai sebab yang aku dengar dan aku dapati dari professor yang duk merepek dekat Selamat Pagi Malaysia kat RTM1 setiap pagi loni (aku tahu pun kes rumah sewa aku xde astro,layan antena jelah,wakaka). Salah satu kata2 professor yang aku ingat ialah sebab semulajadi dia datang daripada 'Climate Change Of The World', means that keadaan iklim dunia sekarang yang tidak menentu. Secondly, sebab banjir ni pun macam aku cakap la, dari kita sendiri, pihak2 yang tidak bertanggung-jawab melakukan pembalakan haram di hutan2 simpan, akhirnya kesan dia pun datang kepada manusia balik, hujan tak dapat dipintas oleh pokok2 melalui proses cegatan silara (ceh,masuk GEO pulak), larian air permukaan meningkat dan air2 itu semua tidak dapat menyerap ke dalam tanah lalu terus ke sungai2 yang berdekatan (thanks Cikgu Nurashikin Leong ajar saya GEO,hehe).

Yang aku tak minat dengan masyarakat malaysia masa ini bila dah jadi perkara2 macam ni baru la nak ingat mati, baru la nak ingat diri tu banyak buat dosa or tidak, banyak melakukan kesilapan, sampai ada yang pandai2 jadi tok sheikh dan ustazah meletakkan hukum or prediction sendiri, "kiamat", "tu la", "ni la", semua itu merepek je, korang kalau masa ni baru nak sedar, maksudnya korang tu dari pandangan aku, tak ikhlas langsung rasa bersalah dan lain2. Bila dah jadi macam ni, baru nak sedar , baru nak ingat mati,,tak payah la,. pathetic sungguh...

Berdoalah supaya musibah yang melanda negara kita ni dapat dikurangkan, bukannya buat kepala tahu sendiri, and satu lagi, mohon keampunan dekat Allah bukan time ditimpa musibah je,.mohon sepanjang masa kita hidup kat dunia yang telah dicipta oleh-Nya. Aku bukan nak tunjuk alim, cuma aku rimas orang yang seperti aku cerita kat atas la...

okaylah,.sampai sini jelah aku merepek, pesanan dari aku, jangan main hujan nanti demam, jangan main air banjir,. tak lemas, malaria yang korang dapat,.okay, chow, salam

hope you okay ibni sudin

-Nothing Else Matters-

Saturday 27 December 2014

haha,.merepek je

Aku cintakan kau, dan aku tak berminat untuk menolak kepuasan yang datang dengan bercakap benar. Aku cintakan kau, dan aku tahu yang cinta itu cuma jeritan ke satu ruang kosong, dan semua orang akan lupa, yang kita semua akan mati dan semua hasil kerja kita akan hancur menjadi debu, dan aku tahu yang matahari akan menelan bumi yang kita ada, dan aku cintakan kau...

-The Fault In Our Stars-

_nothing else matters_

Monday 22 December 2014

bila masuk alam pekerjaan

Asalamualaikum dan selamat sejahtera,.okay, dah lama aku dok update blog aku yang serba biasa ni, pada subuh yang serba hujan ni aku nak update la sikit pasal kerja.

Aku baru saja diterima kerja di sebuah syarikat bernama RedOne telecomunication. Syarikat aku ni terletak di kawasan Indera Sempurna di daerah Kuantan. Tempat kerja aku okay, takda masalah, mate2 tempat kerja aku pun peramah orangnya, rumah untuk tempat tinggal pun dia sediakan. Berpuas hati gak aku dapat menjadi tenaga kerja untuk syarikat ni.

Kisah aku boleh kerja dekat situ pun coincidence je sebenarnya. Kes dia bermula disebabkan aku kecewa dengan tempat kerja aku sebelum ni, mula2 apply TF Temerloh, ada kosong tapi rumah untuk pekerja pulak takda, mampus aku nak berulang hari2, tak moto aku yang kondem, pinggang aku yang patah, ahaha.

Then aku try mintak dekat gambang water park. Agent cakap ada kosong, aku dah bersemangat siap bawak baju semua nak ke sana, last2 sampai sana agent buat sial, cakap dah penuh, part-time punya kerja pun full, allah je la yang tahu perasaan aku masa tu, dengan kecewa yang gila babeng, aku try la pusing2 kuantan cari kerja.

Sesampainya kat kuantan, cari tempat makan dulu, sementara nak tunggu makanan sampai, aku search la kerja kosong area kuantan kat google, terbacalah advertisement syarikat yang aku kerja sekarang ni, nak pakai pekerja. Alang-alang dah ada kat kuantan,aku terus la ke tempat yang nak dituju, rezeki dari allah,.mudah je, terus interview, tunjuk segala sijil yang aku ada, n aku diterima kerja kat tempat kerja aku,.ahaha

Kerja aku nak cakap mudah tak juga, nak cakap susah pun tidak. Time waktu pejabat aku dengan member2 satu kerja bukak booth kat area megamall,giant, n kadang2 kat kuantan prade. kerja aku cari pelanggan2 yang nak bertukar pelan, cth dri celcom,maxis,digi,or anything else kepada redone. Ramai pelanggan,lagi banyak la komisen yang aku dapat. Malam pulak kat rumah sewa kerja aku masukkan data2 collection harian syarikat ke dalam excel, untuk apa pun aku tatau, baru kerja kan,buat jelah,.ahaha.

Aku kerja bukan sebab nak berdikari, sebab aku dah malu nak mintak duit belanja hari2 kat mak n abah aku. Bagi korang yang kecik2 mungkin dok paham lagi, aku ni dah umur nak dekat masuk 20 rasa malu nak mintak duit kat mak ayah, sebab aku pikir yang adik2 aku lagi nak guna duit untuk belajar. Aku ni setakat nak beli rokok n topup je. Topup pun dah jarang, nak mesej siapa je lagi kan?. Aku pun sibuk nan kerja nya, tak dan nak pikir pasal sayang2 ni,ahaha.

Haha,okay tu la sedikit sebanyak penerangan pasal tempat kerja aku sekarang ni. Lain hari kalau aku ada free, aku updated la lagi blog aku ni,.buat si pembaca, terima kasih membaca. Sekian.

Ibni Sudin,.takecare of yourself

-nothing else matters-

Thursday 11 December 2014

ianya sebuah novel ke?

"Karim,.berumur 19 tahun merupakan seorang pelajar tingkatan enam yang bersekolah di sebuah sekolah kluster kecemerlangan di sebuah bandar yang sedang membangun,. Karim merupakan pelajar yang agak nakal di sekolah.,selalu membuat masalah tidak kira pada waktu persekolahan atau waktu di asrama.,"

"Nora Elena,.berumur 16 tahun juga merupakan penuntut di sekolah yang sama,. Seorang gadis yang agak rendah,.mempunyai pandangan yang menggerunkan,.dan juga disenangi oleh kawan-kawannya. Nora Elena juga merupakan pelajar yang mempunyai pencapaian yang baik dalam akademik,.tetapi selalu mengantuk apabila cikgu sedang mengajar semasa waktu pembelajaran."

"Mereka berdua ini merupakan kawan,.junior dan senior yang selalu bergurau,.mengejek sesama mereka,.dan lain-lain. Hubungan ini berlanjutan sehingga timbul rasa sayang dalam hati karim pada nora elena. Secara berperingkat,.Karim mula untuk menunjukkan perasaan nya kepada nora elena..Dia berusaha untuk memenangi hati nora elena,.tapi adakah nora elena membalasnya?.."

Haha,ni masa aku membebel sorang diri dalam tandas bangunan blok A (block form 3)..menemani faez raman yang sakit perut..haha,harap kau ingat lagi la paeh yang aku merepek sorang2..aku cakap aku nak buat novel,.haha,tahi..bahasa pun tunggang langgang,

Hari ni hari jadi kau Faez,.semoga panjang umur dan murah rezeki,alang2 aku dah susah nak tidur malam,.aku tulih la entry pasal kau.,

Semoga berbahagia dalam hidup seharian kau,.hargai orang yang sayang kau,.susah maa nak dapat awek cam awek kau tu..heheh

Aku doakan kita sama2 berjaya..dunia dan akhirat,.


Selamat hari jadi,faez...

Muhamad Faez Bin A.Raman
11 Disember 1995


pohh,.ermm

-Nothing Else Matters-




Saturday 6 December 2014

SAYA RINDU KAWAN-KAWAN SAYA..emm

Salam,pukul 0204 Hours aku start tulih entry ni,,haha..macam biasa la,penyakit insomnia aku datang kembali,susah untuk tidur,hadeh..

Malam-malam gini,teringat pulak ke membe,.macam mana la diorang sekarang,.ada yang dah kerja,.ada yang masih menganggur macam aku ni,.

Tadi malam itu faez raman sudah chat sama saya,.mau mintak email,mau follow saya punya blog,ahaha,.malu lah,aku punya blog ni jiwang karat..sek2 DELTA aku puas gelak ke aku,,tengok blog jiwang gila,,heheh,nak buat macam mana,,this is adnin :)

nak post gambar membe-membe yang jauh dimata tapi dekat di sanubari lah,ahaha...


5 Delta...

Delta yang selalu wanted,.time tingkatan empat ada satu peristiwa dimana abe roy (nama sebenar Nourudean Al-Hasyemi) dan mat blur (Irfan Haiqal) telah dimarahi oleh Cikgu Hasmizol (nama sebenar)..maaf cikgu,sebut nama dlm blog nih :).. Kes itu terjadi kerana abe roy telah gelak dengan nada yang kuat sehingga mengheningkan suasana sekolah,.tak lama lepas tu cikgu pun datang dan pukul kepala deme berdua dengan buku,,kalau tak silap,.berasap songkok mat bler..

Dalam kelas ini juga,berlaku kisah Nur Rasyidah memukul kepala Naim al Kalantani menggunakan botol besi naim..kisah tu aku tak saksikan,cuma dengar je..kes itu berlaku disebabkan si kelantani yang suka mengusik rasyidah utama..rasyidah mental la kot..dengar cite abe naim nanges,betul ke?..heheh

Kes ketiga yang tertop dalam durasi kelas ni selama dua tahun iaitu kes Asraf Aizat ROMAINOR bergaduh dengan ketua kelas kami yang bernama Muhd Nazmi bin MD ANOR..dari apa yang saya dapati,dari mulut asraf aizat..Si bazuka yang mulakan dulu,mcm kerek2 ,,pahtu ajak gaduh abeh skolah..last2 tak datang..ahaha

and delta give me a sweet seventeen moment..ahaha


me and faez raman...

This is faez raman..dia ni membe kacip aku semasa aku di tingkatan enam selama dua tahun..banyak kenangan pahit dan manis yang kami tempuhi bersama,.cikgu kondemkan kami, cikgu malukan kami..tapi kami anggap tu semua cabaran dari cikgu untuk memajukan diri kami ni..n kami juga pernah jugak bergaduh kecik kecilan kerana bercanggah pendapat dan juga kehendak..ahaha,.


Bersama mate bilik.. Aliff azmi n Izzul norman

Ha,yang ni pulak dua orang ni pun banyak tolong aku semasa kehidupan aku di asrama..memang aku rindu saat2 mcm 'yenaporinggei', 'saiko mat door, nan halimi' n lain2..ngan aliff dah dua tahun aku sebilik dengan dia..izzul pun sama jugak..dari B06 hingga ke A04..ahaha,thanks guys for the memories..


Khairul Amin Razak a.k.a seyo


Bersama Wan Ahmad Syahir


Fayad Asyfar @red-linn,.sawit :)


Ashrof Abdan and Afiq Hizami Ismail


yeah,.Nazarul Saidi (peace)


Gamers Kental,.Salam Mazlan


Syazwan hilmi..abe Odok..heheh


Ghaus yang tersengih..heheh


Abang Alep Sumadi.. (jangan sedih,nanti kami datang ye)


Ikram Saad (in Blazer) and Irfan Kg Sentosa (in white Kemeja)..heheh

Thanks semua kawan-kawan aku yang boleh bersabar dengan kerenah hidup aku,.especially seyo..aku rasa bersalah gak sbb selalu beri tekanan masa dia jadi KA..hmm,sorry seyo,haha..lumrah kehidupan,semua pertemuan pasti akan ada perpisahan...hari last sekolah merupakan hari yang paling sedih bagi diri aku,.sebab dah tak jumpa lagi mereka semua..jaga diri korang semua,.aku doakan kita semua berjaya di dunia dan juga di akhirat kelak..

cik pahh..hmm :)

-Nothing Else Matters-










Tuesday 16 September 2014

HI, ADNIN IS BACK YAWW...HAHA,GEDIK

okay,long time no see arr...dah berapa tahun since 'berukband' dah tak langgan and aku dah putus nan awek aku,ALISSA...ak dah tak jadi kaki blog...but malam ni aku tergerak pulak hati mau kasi sikit isi untuk blog aku nih...haih,dah jadi STPM candidates la plak kan,maksudnya dah dkt dua tahun aku tak gedik nak update blog,bukan apa..kekangan masa and aku pon dah stay kat hostel..ermm,nak tgk gambar budak2 stpm?...leh jek...haha...moh kite nengok yek..


aku nan faez raman (member sekelas)


bersama aliff azmi dan izzul norman( mate bilik gue)


exco asrama smkjp 


still lagi exco asrama,heheh

aku ni hidup di hostel,so ada lah aku selpie nan budak2 hostel tak kira umur,bangsa,dan agama..haha..moh le usya.,


BO2, bilik lama aku..hadui,muka...


bersama fais jalani (form 5)


bersama budak2 ting 4..lau bergambor,mereka paling mintak (gurau guys)


budak2 ting 1 (masa aku jaga diorang time prep)


aku rasa cukup sampai sini saja lah aku berceloteh yek, gambar pon dah banyak aku dah post dalam blog ni..ape2 hal kalu korang nak kenal aku n kawan2 aku..marilah bertandang ke fesbuk aku (denin ashraf ibrahim)...no hal lah...akhir kata,dermalah darah,hindarilah dadah..salam