ads..

Sunday 28 December 2014

BANJIR..adakah ia satu musibah?

asalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca yang tak berapa ramai sangat,.heheh.,okay kali ni aku nak cakap pasal banjir yang melanda negara kita yang tercinta ni. Ramai orang yang mendapat kesan dari banjir yang melanda sekarang, aku pun turut sama terkena, redah air banjir masa haritu dengan ex5 biru aku, boleh tahan tinggi airnya,.paras lutut aku,,ketaq lutut cheq,wakaka...

Okay, sebagaimana yang anda semua tahu, banjir adalah disebabkan discaj air sungai yang melebihi dari paras yang normal, it means air sungai tu melebihi isipadu yang dapat ditampung oleh sungai itu sendiri. Kalau kita tengok sebagai contoh Sungai Pahang, sungai ni antara sungai yang paling besar yang berada di kawasan smenanjung malaysia (peninsular of Malaysia). Bayangkan sungai yang sebesar-besar ini pun tak dapat nak tampung air hujan yang direct membasahi bumi,.Masya allah...

Ini pun bukan sebab lain, sebab tu datang dari MANUSIA itu sendiri, pelbagai sebab yang aku dengar dan aku dapati dari professor yang duk merepek dekat Selamat Pagi Malaysia kat RTM1 setiap pagi loni (aku tahu pun kes rumah sewa aku xde astro,layan antena jelah,wakaka). Salah satu kata2 professor yang aku ingat ialah sebab semulajadi dia datang daripada 'Climate Change Of The World', means that keadaan iklim dunia sekarang yang tidak menentu. Secondly, sebab banjir ni pun macam aku cakap la, dari kita sendiri, pihak2 yang tidak bertanggung-jawab melakukan pembalakan haram di hutan2 simpan, akhirnya kesan dia pun datang kepada manusia balik, hujan tak dapat dipintas oleh pokok2 melalui proses cegatan silara (ceh,masuk GEO pulak), larian air permukaan meningkat dan air2 itu semua tidak dapat menyerap ke dalam tanah lalu terus ke sungai2 yang berdekatan (thanks Cikgu Nurashikin Leong ajar saya GEO,hehe).

Yang aku tak minat dengan masyarakat malaysia masa ini bila dah jadi perkara2 macam ni baru la nak ingat mati, baru la nak ingat diri tu banyak buat dosa or tidak, banyak melakukan kesilapan, sampai ada yang pandai2 jadi tok sheikh dan ustazah meletakkan hukum or prediction sendiri, "kiamat", "tu la", "ni la", semua itu merepek je, korang kalau masa ni baru nak sedar, maksudnya korang tu dari pandangan aku, tak ikhlas langsung rasa bersalah dan lain2. Bila dah jadi macam ni, baru nak sedar , baru nak ingat mati,,tak payah la,. pathetic sungguh...

Berdoalah supaya musibah yang melanda negara kita ni dapat dikurangkan, bukannya buat kepala tahu sendiri, and satu lagi, mohon keampunan dekat Allah bukan time ditimpa musibah je,.mohon sepanjang masa kita hidup kat dunia yang telah dicipta oleh-Nya. Aku bukan nak tunjuk alim, cuma aku rimas orang yang seperti aku cerita kat atas la...

okaylah,.sampai sini jelah aku merepek, pesanan dari aku, jangan main hujan nanti demam, jangan main air banjir,. tak lemas, malaria yang korang dapat,.okay, chow, salam

hope you okay ibni sudin

-Nothing Else Matters-

No comments:

Post a Comment