ads..

Saturday 14 March 2015

pengalaman mendewasakan kita

Assalamualaikum and selamat sejahtera kepada pembaca blog yang tak tahu la wujud ke tidak, okay setelah lama tak meraban disini, aku dah ada sedikit modal untuk buat entry baru untuk blog aku yang sunyi sepi seperti tanah perkuburan cina yang besar iaitu "niwana paradise" terletak di nilai, negeri sembilan.

Okay, aku baru sahaja seminggu memulakan karier baru dalam hidup selepas melepaskan jawatan sebagai sales agent redone telecomunication. Kerja baru aku not bad la, duduk opis sahaja, n jadi runner untuk syarikat aku. Aku sekarang jadi office boy kedai insuran je. Berhadapan pejabat pos di bandar jengka tempat aku mencari rezeki. Bak kata Faez Raman, pangkat kerja kita ni "Insurance Consultant"..kalau tak silap la,.ahahaa.

Mula-mula aku interview kerja, bos baru aku dah uji aku. siap cakap "janji ye tak nangis?" . Aku pun janji jelah dengan dia sebab aku pun tak paham apa fungsi dia cakap camtu dengan aku. Lepas dia membebel itu ini depan aku, dia pun bersetuju untuk terima aku kerja di syarikat milik dia sendiri. Okay la, janji ada kerja dok...

First day aku kerja pada hari isnin 9/3/2015, ujian pun bermula. Hari tu Faez, Chot, Yon, and Afiq bercuti. Aku dah menggelabah, dengan tak tahu apa yang aku kena buat, aku cuba kontrol perasaan gemuruh yang ada dalam diri aku ni. Aku cuma ingat apa yang patut n tak patut aku buat yang dah diberitahu oleh faez pada malam sebelumnya sebelum aku start kerja. Syukur, hari pertama aku kerja walaupun ada salah sikit, aku tak kena bebel dengan bos aku tu. ahaha..

Bos aku tu bukan garang cuma dia seorang manusia yang mengamalkan sikap "perfectionist" dalam kehidupan seharian dia. Kalau ada perkara yang dia tak suka, dia akan terus sound direct. Bagus juga sikap dia tu. Mental memang kena kuat kalau nak kerja dengan dia. Bak kata faez, "nin, kalau kau nak kerja kat sini, hati n mental kau kena sado nin.." . Betul sangat apa yang kau cakap tu sahabat..wakakaka

Sedar tak sedar dah seminggu aku kerja tempat baru aku tu. Dan aku harap aku leh cepat menyesuaikan diri dengan kerja baru aku tu. Bila jiwa and hati kita benar2 nak buat sesuatu benda tu, in shaa allah takde dugaan n halangan untuk menyelesaikannya.

Akhir kata, doakan kawe kerja elok2 kat tempat baru, buat adik2 yang masih bersekolah, buat kerja sekolah, buat kerja kursus yang cikgu bagi, ahahaa...

Chow Sin Chi, lain kali aku meraban lagi

NOTHING ELSE MATTERS...

No comments:

Post a Comment