ads..

Monday 19 January 2015

Apabila keluar dari persekitaran yang terlampau selesa

Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera buat semua yang membaca,. Okay, dah lama kot aku tidak mengupdate blog aku nih, semenjak berkerja di kuantan, laptop aku tak dibawa ke sana, dan kehilangan moto kesayangan EX5 biru ku.. Hmm,taknak cakap la pasal motor tu, sedih pulok,. Okaylah, kali ni aku nak cerita pasal kehidupan aku bila aku berjauhan dengan keluarga. So, means dia aku punya hidup kat rumah bujang aku tu la dan di tempat kerja.

Aku punya rumah bujang kat area Bt 12 gambang. Kalu nak senang jumpa bila kau lepas je simpang empat gambang uh, kau straight je sampai kau jumpa rumah penyembelihan kuantan, rumah aku kat area Taman Sri mahkota, rumah nombor 18, mudah jee nak cari...

Rumah teres setingkat tu ada 3 bilik, 1 tandas, dan 1 bilik mandi. First day aku n member2 kerja aku sampai kat rumah tu, memang cukup2 kotor n celaka, hahaha. Owner rumah cakap dulu penyewa dia budak2 mat rempit. Betul la cakap owner rumah tu, masa aku n member2 rumah aku cuci rumah, lantai rumah tu memang kotor sangat, dalam bilik belakang ada kesan minyak hitam. Gila la, separuh nyawa menyental lantai, menyusahkan betul. Dalam bilik nombor 1 ade banyak straw yg dimodifiedkan untuk letak "batu" or kalu nama orang sekeliling sebut "syabu"., aku tak sedap hati terus kutip, masuk dalam plastik n bakar terus. kang tak pasal2 kami pulak yang kena angkut ke balai.

Dah siap cuci semua, bila lantai dah kering, baru la boley tido. haih, penat weh. Perut pun lapa. So malam tu kami tido dalam keadaan yang lapar., huaaa!!!

First day aku kerja roadshow, di KUANTAN PARADE. Sebelum masuk kerja ingatkan nak makan dulu la, aku dan member2 aku pun gi la cari kedai makan dalam KP uh, dan2 pulak ada kedai makan, lauk pun sedap mata memandang. Mintak nasi sepinggan, pastu pilih lauk, sebelum aku pilih lauk aku try usya harga lauk tapi tak ada, last2 bila aku dah ambik lauk (ayam kicap seketul), aku nak bayar baru lah nampak list harga, tengok2 aku kena RM7 (nasi putih plus lauk aku tadi).. termenung aku kejap, last2 terpaksa bayar lah sebab kita dah ambik lauk tu. Habis je makan, aku nan member2 aku dah target kedai nama NASI CAMPUR dalam KUANTAN PARADE jangan pernah sekali2 lagi pergi makan kat kedai tu,.macam nokharomm harga, ahahaha

Bila aku dah bekerja ni, duit pun kena jimat.. Tabiat makan aku hari2 kat sana macam ni, pagi aku balun megi kat rumah or aku makan oatkrunch (biskut) plus nescafe regular secawan. petang tu memang tak makan or makan roti saja. Then bila malam sebelum pulang ke rumah sewa, aku n member2 kerja aku akan makan di kedai yang ada menyediakan perkhidmatan nasi bujang, janji nasi, dah lapar sangat tak memilih weh, ahahaha.

Juga bila aku berjauhan dengan keluarga ni, aku dapat tengok bermacam2 perangai manusia kat dunia milik allah ni, aku dapat tengok kasih seorang ayah dan emak kepada anaknya yang menangis nak naik mesin hok masuk duit syiling uh (ala mesin yang ada depan kedai eco jengka ni) , aku tengok perangai sombong manusia yang kerek gila babi, aku tengok perempuan yang tak sayang ayah mereka dengan mendedahkan aurat, aku dapat tengok life anak orang kaya dari pagi sampai ke petang dan bersambung ke malam merewang kat mall tak tentu hala, dan bermacam2 lagi lah,..

Hmm, budak2 pun dah start sekolah balik, masa aku ontheway nak pergi kerja pun aku tengok awek2 sekolah naik bas untuk ke sekolah, awal aku bangun setiap hari,heheh...

Okaylah, setakat ni sahaja coretan aku untuk masa ni, jika ada kesempatan, aku akan updated lagi blog aku ni,.sekian.

Chow Sin Chi

-NOTHING ELSE MATTERS-

No comments:

Post a Comment