ads..

Monday 5 January 2015

syukur Ya Allah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, harini nak cerita pasal result MUET aku. MUET stand for "Malaysian University English Test". Alhamdulilah aku dapat result Band 3( Three ), score aku 170/300, kalau kira2 lagi 10 markah nak dapat Band 4. Takpelah, syukur la dapat Band 3 tu.

bangun pagi tadi dalam pukul 11 setengah terus hantar mesej ke MPM, check guna line, melompat aku dari katil bila tengok result camni,hahaha, terus aku gi kat mak n abah nan muka kusut aku tak mandi lagi, peluk diorang cakap aku dapat Band 3 untuk MUET. MEngalir air mata ma aku, bapak aku tersenyum kegembiraan, Syukur Ya allah..terima kasih atas nikmat yang telah kau berikan.

Then terus mandi, lepas mandi aku call Aliff Azmi, dia cakap dia pun ontheway nak gi ke sekolah, aku pun terus siap2, start moto then terus menuju ke sekolah. Sampainya aku di sekolah jumpa dia, seyo, emi n afiq. Aliff n seyo dapat Band 2 manakala emi n afiq dapat sama band dengan aku. Lepas settle aku amik sijil MUET semua, gi ngeteh kat depan pejabat pos Bandar Jengka.

Gembira juga dapat Band 3, sedikit sebanyak boleh membantu aku bila nak lanjutkan pelajaran ke Universiti nanti. Terima kasih yang tak terhingga kepada Mak n Abah yang percaya n bagi harapan ke aku untuk terus belajar. Terima kasih juga buat Teacher Nor Fazlina Binti Che Kar, teacher MUET kelas aku, yang sanggup mengajar serta bersabar dengan aku dan kawan2 sekelas. Tak lupa juga kepada Teacher Aini Khamsiah dan Teacher Ruzielianna yang mengajar kelas aku waktu teacher ku tiada di sekolah.

Esok aku dah masuk kerja balik, selamat tinggal Jengka, buat sementara waktu.

Syukur Ya allah,.

Chow Sin Chi, salam

No comments:

Post a Comment